Cara Mengenalpasti Skim Penipuan

Skim Penipuan atau Skim Cepat Kaya adalah satu jenayah yang memperdaya mangsa untuk mendapatkan keuntungan. Terdapat pelbagai helah yang digunakan untuk menipu orang ramai, mungkin ada diantara kita atau orang terdekat yang pernah menjadi mangsa. Mangsa biasanya adalah golongan yang kurang informasi tentang kes jenayah ini, contohnya orang yang berumur, atau pelajar kolej/universiti yang terdesak mahu mencari duit lebih. Oleh itu, kita semua perlu mengambil tahu tentang hal ini supaya akan datang, kita dapat mengenalpasti dan tidak menjadi mangsa penipuan.
Berikut ialah beberapa ciri dan janji yang umumnya ada dalam sesuatu skim penipuan :
- Dengan membuat sedikit pelaburan, anda dijanjikan dengan pulangan yang tinggi. Adakah munasabah & masuk akal jika melabur 5k, dapat pulangan 50k? Fikirkan kembali..
- Mereka tidak pernah tunjukkan produk yang kononnya berkualiti yang perlu anda jual, sebaliknya dibayar mengikut bilangan orang yang anda latih atau mendaftar diri.
- Anda dipujuk rayu untuk menyertai/mendaftar/membayarnya sekarang juga. Kononnya tawaran itu hanya untuk tempoh terhad.
- Anda menerima panggilan telefon menawarkan peluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidak tahu bagaimana syarikat itu mendapat nombor telefon anda.
- Anda menerima e-mel yang meminta nombor akaun bank anda kerana mereka mahu menghantar wang kepada anda, biasanya berjumlah berjuta-juta dolar Amerika, dari beberapa negara asing.
- Anda ditawarkan satu produk pelaburan yang menjamin keuntungan besar tanpa sebarang risiko kewangan.
- Anda diminta melabur dalam satu skim pelaburan. Alamat dan maklumat perhubungan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan besar kepada anda itu terletak di sebuah negara asing yang anda tidak dapat pastikan di mana kedudukan sebenar syarikat itu.
- Anda ditawarkan “hadiah percuma” untuk mendapatkan sesuatu kemudian, contohnya, sejumlah wang yang besar.
- Anda ditawarkan peluang pekerjaan dengan gaji besar tanpa memerlukan pengalaman dan kelayakan akademi yang berkenaan.
- Anda didatangi oleh individu yang mengaku sebagai ejen bagi syarikat dagangan asing untuk berdagang dalam indeks asing, komoditi atau mata wang asing tetapi anda perlu mendepositkan sejumlah wang dalam mata wang asing sebagai “margin”, sebelum sesuatu urus niaga boleh dilakukan.
- Sukar untuk menemui sebarang maklumat mengenai lesen atau kewujudan syarikat itu dalam tapak web mana-mana pihak pengawal selia atau pihak berkuasa yang berkenaan.
Jika hal-hal tersebut pernah terjadi pada anda, pastikan anda tidak mudah terpedaya atau terus percaya, pastikan anda kaji dahulu dan cari info tentang syarikat tersebut. Anda juga boleh menghubungi badan-badan tertentu untuk memeriksa sama ada sesebuah syarikat atau skim pelaburan itu berlesen/berdaftar atau tidak. Jika anda pernah menjadi mangsa penipuan, jangan berdiam diri sahaja, pastikan anda membuat aduan kepada pihak yang tertentu.
Link yang berkaitan :
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
www.ssm.com.my
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
www.sc.com.my
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
www.skmm.gov.my
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Ko-operasi dan Kepenggunaan
www.kpdnkk.gov.my
CyberSecurity Malaysia
www.cybersecurity.my
Bank Negara Malaysia
www.bnm.gov.my
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
www.ppim.org.my
Malaysian Investor
www.min.com.my
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
www.nccc.org.my
Info dari : SIDC Malaysia
Incoming search terms:
- penipuan pelaburan
- pinjaman wang segera untuk pelajar
- kes penipuan pelaburan
- nak check skim pelaburan
- macam mana nak tahu syarikat berdaftar dengan ssm
- macam mana nak tahu syarikat pinjaman berlesen
- dimana kita nak tahu status syarikat berdaftar
- tempat membuat aduan penipuan skim pelaburan internet
- bagaimana nak periksa syarikat berdaftar atau tak
- penipuan pinjaman berlesen
Post yang sangat bagus!! Berguna untuk bantu orang2 yang mudah terpedaya dengan skim2 macam ni..